Siakap Keli

Kelebihan Memakai Jam Tangan, Ini Yang Korang Perlu Tahu

Tidak dinafikan lagi, jam tangan antara barang yang diperlukan sejak dahulu lagi untuk menentukan ketepatan masa. Bagi kebanyakan orang tak kira tua dan muda, jam tangan merupakan antara aksesori yang penting untuk dipadankan dengan pakaian yang dipakai.

Korang semua mesti tahu yang penggunaan jam tangan juga menunjukkan betapa pentingnya peranti ini dalam kehidupan manusia.

Kalau korang nak tahu, memakai jam tangan ni ada manfaat dan kelebihannya. Korang mesti nak tahu kan apa manfaatnya? Terdapat lima manfaat yang korang akan peroleh ketika memakai jam tangan. Berikut adalah manfaat-manfaatnya:

Penunjuk waktu yang cekap

  • Walaupun sekarang terdapat pelbagai alat untuk menunjukkan waktu, peranan jam tangan sebagai alat yang paling cekap tidak dapat disangkal lagi. Korang dapat memeriksa waktu dengan lebih cepat dengan adanya jam tangan tanpa perlu mengeluarkan alat dari poket terlebih dahulu.

Penampilan yang lebih elegan

  • Penilaian orang lain biasanya pertama kali dilihat dari segi penampilan seseorang itu. Dengan memakai jam tangan, korang akan kelihatan kemas dan lebih elegan di mata orang lain.

Simbol kemewahan

  • Dengan menggunakan jam tangan yang asli, berjenama, atau jam tangan yang mahal, seseorang akan tampak lebih hebat dan mempunyai ‘kelas’ yang tersendiri.

Bantu meningkatkan keyakinan diri

  • Kelihatan kemas di samping jam tangan yang dipakai dapat membantu korang kelihatan lebih yakin dan bersemangat dalam melakukan aktiviti harian.

Menguruskan masa korang dengan lebih teratur

  • Dengan memakai jam tangan, korang akan lebih kerap memeriksa waktu agar pengurusan waktu korang menjadi lebih baik. Contohnya, semestinya korang akan tengok waktu sebelum pergi kerja agar korang tidak terlewat.

Bercakap tentang jam tangan, pastinya jenama Casio akan terlintas di fikiran korang semua. Pertama kali diperkenalkan pada 1983, jam tangan jenama Casio mungkin boleh menjadi antara jam tangan yang sesuai digayakan dengan pelbagai jenis pakaian.

Untuk pengetahuan korang, jam tangan jenama Casio telah menampilkan edisi terbaru yang lebih moden serta elegen iaitu koleksi Casio G-Shock Metal (GM-Series). Tapi, apa kaitan koleksi jam ini dengan pemakaian kita? Melalui pemakaian jam ini, sebenarnya mampu mempengaruhi penampilan dan daya tarikan tersendiri.

Antara yang bersetuju dengan pendapat ini ialah penyanyi yang sedang meningkat naik iaitu Yonny Boii, beliau sendiri menyatakan bahawa pemakaian jam ini mampu membangkitkan keyakinan serta menampakkan dirinya lebih yakin.

“Saya tak pernah suka pakai apa-apa di pergelangan tangan kerana selalu menganggap ianya tidak selesa tetapi dengan adanya G-Shock Metal (GM-Series), saya berasa lebih yakin dan lebih hebat,” kata penyanyi tersebut di post Instagramnya yang mengenakan salah satu koleksi tersebut iaitu jam tangan G-SHOCK GM-110SCM-1ADR.

Picture: @yonnyboii

Dalam pada itu, perkara tersebut turut dipersetujui oleh juara Hero Remaja 2020 iaitu Nadhir Nasar yang turut menggayakan koleksi jam tangan G-SHOCK GM -110-1A. Nadhir mengatakan bahawa pemakaian jam tangan mampu membuatkan dirinya tampak bertenaga sepanjang masa. Malah, masa itu juga sangat penting bagi dirinya.

“Semakin saya meningkat dewasa, saya mula sedar  apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak seharusnya dilakukan pada masa ini. Setiap saat, masa sangat berharga. Tak boleh berpatah balik. Lakonan adalah seni, sebagai seorang pelakon saya perlu menguruskan masa & menggunakannya dengan bijak. Tenaga dan kegigihan mampu menakluk semua perkara,” katanya.

Untuk makluman korang, jam tangan G-SHOCK GM-110SCM-1ADR berharga RM1099 manakala jam tangan G-SHOCK GM -110-1A pula berharga RM899.

“Saya percaya bahawa warna mempengaruhi mood seseorang, sama seperti menari dan muzik untuk saya. Saya harap saya dapat terus membawa kegembiraan dan kesenangan untuk mewarnai hidup anda seperti G-Shock,” kata Nasty Firdaus yang menggayakan jam tangan G-SHOCK GM-110G-1A9.

Kata Nizar Hashim, seorang skateboarder pula, sumber inspirasinya ialah Mark Gonzalez dan Jason Dill. Ini kerana mereka mempunyai perwatakan cool dari segi fesyen semasa bermain papan luncur ataupun tidak. Sebab itulah Nizar memilih jam tangan G-SHOCK GM-6900-4D untuk membantu beliau tampil lebih cool sebagai seorang skateboarder.

Jam tangan G-SHOCK GM-110G-1A9 berharga RM1099 manakala jam tangan G-SHOCK GM-6900-4D pula berharga hanya RM899.

Jam tangan Casio G-Shock Metal (GM-Series) bukan saja memfokuskan pada pemakaian lelaki malah turut memberi fokus kepada wanita. Menurut penari dan juga koreografer Arliana Mansor, pemakaian koleksi jam tangan itu mampu membuatkan dirinya tampil lebih anggun, tenang dan elegan.

Picture: @ayana.mnsr

“Gabungan bahannya menceritakan kisah peralihan saya dari seorang ballerina kepada street dancer dan bagaimana saya memasukkan genre yang berbeza ini ke dalam gaya tarian saya,” katanya yang menggayakan jam tangan G-SHOCK GM-S5600PG-4DR yang berharga RM899.

Sekiranya berminat dengan koleksi jam tangan Casio G-Shock Metal (GM-Series) ni, korang haruslah membeli dari pengedar yang sah iaitu Marco Corporation, dan untuk elak ragu-ragu terus sahaja ke kedai Lazada dan Shopee rasmi Casio . Sebabnya, terdapat kebaikan yang boleh diperoleh seperti penambahan jaminan 6 bulan kalau mendaftar untuk eWarranty.

Sebagai panduan, Marco Corporation adalah satu-satunya pengedar sah produk Casio di Malaysia. Semua produk yang dijual oleh Marco dilengkapi dengan Marco Warranty.

Kalau korang nak tahu, Marco Warranty ni dikenal pasti melalui Marco Warranty Card yang ada dalam produk (dalam kotak) semasa membeli. Itu menjadi bukti bahawa produk tersebut merupakan produk asli.

Bukan itu saja, dengan kad tersebut korang boleh mendaftar untuk eWarranty dan dapatkan jaminan tambahan 6 bulan. Maka, jaminan korang bertambah sebanyak 18 bulan. Berbaloi kan?

Jadi tunggu apa lagi? Cepat dapatkan koleksi jam tangan Casio G-Shock Metal (GM-Series) idaman korang di pautan yang disediakan ini iaitu di kedai rasmi seperti G-Factory & G-SHOCK Store, atau kedai rasmi Casio online di Lazada dan Shopee.

Ingat, pastikan rasmi baru beli!

Adib Mohd

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.