Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 4,275 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menurut KKM, kes positif baharu serta kes sembuh pada hari ini adalah merupakan paling tinggi pernah dilaporkan.
Terkini: Kes baharu hari ini paling tinggi pernah dilaporkan iaitu 4,275 kes. Kes sembuh juga paling tinggi 4,313 kes. Sebanyak 7 lagi kematian baharu.#COVID19 #JagaNegaraKita
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) January 23, 2021
Kes baharu hari ini (4,275) adalah tertinggi pernah dilaporkan. Kes positif harian tertinggi sebelum ini adalah pada 16 Jan 2021 (4,029).#JagaNegaraKita pic.twitter.com/2l31XkBiDP
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) January 23, 2021
Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 4,275 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 180,455 kes secara keseluruhan.
Daripada 4,275 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 4,264 merupakan kes tempatan manakala 11 lagi adalah kes import.
Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 42,769 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.
Status Terkini #COVID19, 23 Januari 2021
Kes sembuh=4,313
Jumlah kes sembuh=137,019 kes
Kes baharu positif=4,275 kes (4,264 tempatan, 11 import)
Jumlah positif=180,455
Kes kematian=7
Jumlah kes kematian=667 kes
Kes dirawat di ICU=260 kes
Bantuan Alat Pernafasan=103 pic.twitter.com/xc0sffTSx2— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) January 23, 2021
Terdapat 260 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 667 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 4,313. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 137,455 kes. Kes discaj pada hari ini juga dilaporkan merupakan paling tinggi pernah dicatatkan.
Kes sembuh hari ini (4,313) adalah tertinggi pernah dilaporkan.
Terima kasih petugas kesihatan barisan hadapan atas jasa, pengorbanan dan perkhidmatan anda.#JagaNegaraKita pic.twitter.com/bK3dMqKf5T
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) January 23, 2021
KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 7 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 667 kes atau bersamaan dengan 0.4% secara keseluruhannya.
Sumber: KKM
Beli Minyak Hitam PETRONAS Dapat Bawa Balik Sebuah Motosikal YZF-R25, Ini Caranya Yang Korang Perlu Buat
Posted by Siakap Keli on Tuesday, December 22, 2020