Sebuah video dua ekor harimau sedang bergaduh menjadi tumpuan warga maya selepas ia dikongsikan seorang petugas Perkhidmatan Hutan India (IFS).
Dalam video berdurasi 1 minit 18 saat itu, kelihatan dua ekor harimau berjalan beriringan antara satu sama lain dipercayai di sebuah hutan simpan, tulis India Times.
Namun secara tiba-tiba, salah seekor harimau berkenaan mula menyerang kawannya disertai bunyi deraman dan ngauman harimau yang menakutkan.
Pertarungan itu berakhir apabila harimau yang memulakan serangan menukar haluan manakala lawannya terus duduk sambil memerhati musuhnya beransur pergi.
Clash of the titans. Only from India. Best thing you will watch. Received via whatsapp. pic.twitter.com/36qqvhkG5F
— Parveen Kaswan, IFS (@ParveenKaswan) January 19, 2021
Sumber: Parveen Kaswan, India Times