Siakap Keli
Gambar: Bernama

China Adakan Simulasi Olimpik Musim Sejuk Di Zhangjiakou

ZHANGJIAKOU,24 Jan — Simulasi sempena kejohanan Sukan Olimpik Musim Sejuk  yang bertemakan “Bertemu Janji di Beijing” diadakan di Zon Pertandingan Zhangjiakou baru-baru ini.

Ia sebagai persediaan menjelang kejohanan yang bakal diadakan pada 19 Februari, menumpukan perincian penganjuran pertandingan dan jaminan perkhidmatan.

Sukarelawan dan Pegawai Teknologi Kebangsaan (NTO) merupakan dua kumpulan utama dalam simulasi itu merangkumi latihan operasi penginapan, katering, lalu lintas, perubatan dan perkhidmatan kawalan keselamatan.

Selain itu, latihan turut melibatkan pelaksanaan amaran awal meteorologi, dan tindakan membersihkan ais dalam keadaan salji lebat.

Sebanyak 13 acara akan diadakan di Taman Ski Genting dan kompleks gimnasium Guyangshu di daerah Chongli.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right