Siakap Keli
Gambar: Kompas

Gadis 15 Tahun Dakwa Diperkosa Dalam Hutan Ketika Cari ‘Line’ Untuk Belajar ‘Online’

Seorang pelajar berusia 15 tahun di Indragiri Hulu, Riau, Indonesia, dilaporkan menjadi mangsa rogol oleh seorang lelaki yang berusia 23 tahun ketika dia sedang belajar secara online di dalam hutan seorang diri, lapor Kompas.

Atas perbuatannya itu, lelaki tersebut telah berjaya ditangkap oleh pihak polis.

Daripada soal siasat yang dijalankan, mangsa difahamkan telah diperkosa oleh suspek sebanyak beberapa kali sejak dari tahun 2020.

Pemangku Ketua Perhubungan Awam Polis Inhu, Aipda Misran menyatakan bahawa kejadian terakhir yang dilakukan oleh suspek berlaku pada hari Ahad (10/01/2021).

Menurut Misran, pemerkosaan itu berlaku ketika mangsa sedang belajar secara atas talian di dalam hutan seorang diri.

Pada ketika itu, mangsa terpaksa belajar di dalam hutan sendirian untuk mencari isyarat internet di sebuah kawasan yang tinggi.

“Pada masa itu, mangsa sedang berada di sebuah kawasan tinggi bagi mendapatkan isyarat internet untuk melakukan kerja sekolahnya. Kemudian suspek telah datang dan merogol mangsa,” kata Misran.

Kes rogol itu mula terbongkar ketika ibu mangsa menangkap anaknya bergelut dengan suspek pada Ahad (17/1/2021).

Pada masa itu, ibu mangsa tersebut mendapati bahawa suspek telah mencekik anaknya yang sedang berada di rumah.

Ibu mangsa kemudiannya terus memarahi suspek dengan segera. Suspek segera meninggalkan rumah mangsa.

Selepas daripada itu, ibu mangsa kemudiannya bertanyakan kepada anaknya berkenaan mengapa suspek itu mencekik lehernya.

Dengan penuh ketakutan, mangsa akhirnya memaklumkan bahawa suspek telah memaksanya melakukan hubungan seks.

Namun, mangsa menolak. Mangsa juga turut mengakui bahawa dia sering dipaksa melakukan hubungan seks dan mengancam akan membunuh mangsa jika hasratnya tidak dipenuhi.

Disebabkan oleh itu, mangsa tidak ada pilihan lain dan terpaksa menurut permintaan suspek kerana takut dibunuh.

“Ibu kepada mangsa bertanya mengapa suspek mencekiknya. Dengan rasa takut, mangsa akhirnya mendedahkan kepada ibunya bahawa suspek memaksanya melakukan persetubuhan. Walau bagaimanapun, mangsa menolak sehingga suspek menjadi marah dan mencekik leher mangsa,” kata Misran.

“Ibu mangsa tidak dapat menerima kenyataan bahawa anaknya itu telah dirogol dan terus melaporkan kepada pihak polis. Selepas beberapa jam siasatan dilakukan, suspek berjaya ditangkap.”

Sumber: Kompas

Aqmal Ezany

I write what is right