Siakap Keli
gempa bumi
Gambar: Bernama

Gempa Bumi Kuat Landa Selatan Kepulauan Shetland

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) — Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 pada skala Richter dilaporkan berlaku di selatan Kepulauan Shetland 7.36 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu dikesan pada kedudukan 2,556 kilometer (km) selatan dari Puerto Montt, Chile, dengan kedalaman 45km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.