Siakap Keli
Gambar: MMA Mania

(Video) “Inilah Yang Terjadi Apabila..,” Khabib Titip Pesanan ‘Panas’ Dipercayai Kepada Conor McGregor Susulan Kekalahannya

Khabib Nurmagomedov telah memuat naik satu pesanan ‘kejam’ kepada pesaing lamanya Conor McGregor susulan kekalahan mengejutkan ke atas Dustin Poirier di UFC 257. ‘The Diamond’ telah menewaskan lawannya pada pusingan kedua pada acara yang berlangsung di Fight Island, lapor Express.

Petarungan bagi divisyen lightweight itu langsung tidak kagum dengan McGregor dan menjelaskan sebab mengapa Conor McGregor tewas dalam perlawanan itu.

“Inilah yang terjadi apabila anda menukar pasukan anda, meninggalkan rakan sparring anda yang menjadikan anda juara dan kemudian bertarung dengan budak-budak, jauh daripada realiti.”

McGregor dan Khabib kembali bertarung di UFC 229 pada Oktober 2018.

Khabib menang dengan submission dan pertarungan itu kemudiannya menjadi huru-hara sehingga mengakibatkan pergaduhan.

Petarung yang berusia 32 tahun itu difahamkan tidak merancang untuk kembali ke gelanggang Octagon dalam masa yang terdekat ini.

“Saya tidak ada perancangan untuk UFC dalam masa terdekat ini. Saya tidak memikirkan untuk membuat persiapan untuk kembali bertarung.”

Ketika ditanya mengenai komen terbaru Khabib pada sidang media UFC 257, Conor McGregor mencelah presiden UFC Dana White.

The Notorious dengan sahaja berkata: “Kami akan mendapatkannya.”

Ketika ditanya berkenaan kenyataan panas yang dimuat naik oleh Khabib, Conor telah menjawabnya pada sidang media selepas pertarungan tersebut. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:

Sumber: Express

Aqmal Ezany

I write what is right