Siakap Keli
Gambar: Roads.sg

(Video) Rakaman Wanita Tolong Payungkan Penumpang Bas Seorang Demi Seorang Ketika Hujan Raih Pujian Warganet

Satu perbuatan baik boleh memberi kesan positif kepada hari seseorang. Kadangkala perbuatan itu tidaklah sesusah mana, tapi sudah cukup ‘besar’ dan bermakna untuk seseorang yang memerlukan.

Bercakap tentang berbuat baik, mungkin kita boleh mencontohi seorang Auntie berbaju merah jambu ini yang setia memayungi penumpang bas turun seorang demi seorang ketika waktu hujan.

Dalam peristiwa dipercayai berhampiran Trellis Towers, Singapura, wanita itu membuatkan orang ramai kagum apabila beliau bermurah hati menadah payung untuk para penumpang bas yang turun di hentian tersebut sehinggalah pintu bas ditutup.

Video tersebut telah dikongsikan oleh laman Roads Sg di Facebook mereka.

Berhati emas

Terima kasih Auntie

Sumber: Roads Sg

Amira

Love yourself.