Siakap Keli
Gambar: Bernama

(Video) Turut Kejar Kucing Peliharaan, Ahli Keluarga Panik, Biawak Besar ‘Berehat’ Bawah Sofa Dalam Rumah

Sebuah keluarga di Thailand gempar selepas menemui seekor biawak besar bersembunyi di bawah sofa kayu rumah mereka.

Menurut Daily Mail, reptilia tersebut juga turut mengejar kucing peliharaan keluarga tersebut.

Mujur kucing itu berjaya menyelamatkan diri daripada biawak besar yang agresif itu.

Susulan daripada itu, tuan rumah tersebut telah bertindak menghubungi pasukan penyelamat haiwan tempatan untuk menjernihkan keadaan.

Tidak berapa lama selepas usaha ‘memujuk’ biawak tersebut untuk keluar daripada bawah sofa kayu rumah berkenaan, pasukan penyelamat akhirnya berjaya untuk mengeluarkan biawak agresif itu daripada rumah terbabit.

Pun begitu, walaupun mereka berjaya mengawal situasi tersebut, mereka perlu sentiasa berwaspada akan sebarang kebarangkalian kerana biawak itu sangat agresif.

Sejurus selepas berjaya mengawal keadaan, biawak tersebut dilaporkan dilepaskan kembali ke habitat asalnya.

Sumber: Daily Mail

 

Aqmal Ezany

I write what is right