Putrajaya, 24 Jan – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di empat negeri di Malaysia hari ini.
Berdasarkan kemas kini MetMalaysia sebentar tadi, negeri terlibat ialah Selangor, Johor, Sabah, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Amaran tersebut berkuatkuasa sehingga jam 7 malam ini ke atas WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya serta daerah-daerah berikut:
Selangor: Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang
Johor: Muar, Batu Pahat dan Kluang
Sabah: Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu)
#ributpetirmetmalaysia#metmalaysia pic.twitter.com/FN2StkyCYn
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) January 24, 2021
Sumber: MetMalaysia