Siakap Keli

Bintang Korea, Song Yoo Jung Ditemui Mati Pada Usia 26 Tahun

Pelakon popular Korea Selatan, Song Yoo Jung dilaporkan meninggal dunia pada 23 Januari lalu dan dikebumikan hari ini jam 12.30 tengah hari.

Memetik daripada South China Morning Post, punca kematian pelakon utama dalam cerita Dear My Name ini tidak didedahkan oleh agensinya Sublime Artis Agency.

Mangsa yang berusia 26 tahun itu memulakan kariernya sebagao model kosmetik sebelum terjebak dalam industri lakonan pada tahun 2013 ketika dia membawa watak dalam drama romantis Golden Rainbow di MBC.

Dia semakin popular dan baru-baru ini muncul dalam muzik video kumpulan iKON untuk lagu Goodbye Road.

 

Sumber: South China Morning Post

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang