Siakap Keli

Gajah Umur 40 Tahun Maut Selepas Dibaling Tayar Terbakar Oleh Penduduk Kampung

Kejadian ngeri seekor gajah mati apabila menjadi mangsa  penduduk di sebuah perkampungan di  Tamil Nadu, India baru -baru ini.

Difahamkan, suspek membakar tayar buangan sebelum dibalingkan ke arah gajah yang berusia 40 tahun tersebut. Tayar yang sedang marak terbakar itu tersangkut pada telingga haiwan berkenaan.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat penginapan persendirian itu ternyata mengundang kemarahan ramai termasuk beberapa selebriti India turut mengecam tindakan kejam tersebut.

Indiatimes melaporkan bahawa terdapat dua suspek telah ditahan pihak berkuasa.

Sumber: IndiaTimes

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang