Siakap Keli

IKEA Cheras Ditutup Hari Ini, Pengawal Keselamatan Disahkan Positif Covid-19

Pihak pengurusan gedung perabot IKEA cawangan Cheras dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa premis tersebut akan ditutup sementara hari ini, 25 Januari 2021 susulan daripada beberapa kes positif Covid-19 dikesan dalam pekerja pengawal keselamatan.

Menurut kenyataan itu lagi, kes tersebut dikesan menerusi ujian saringan rutin yang dijalankan syarikat tersebut.

Kesemua mereka sedang menjalani kuarantin diri sehingga diberitahu lanjut oleh pihak berkuasa. Bagi mengambil langkah berjaga-jaga, gedung tersebut akan ditutup sementara untuk proses pembersihan dan nyahkuman.

Bagi pelanggan yang berkunjung di gedung tersebut yang ingin dapatkan penjelasan lanjut boleh hubungi pihak CPRS KKM di talian 03-8881 0200/0600/0700.

“Kami akan terus melaksanakan langkah keselamatan termasuk mengubah pekerja dari pihak vendor perkhidmatan, pengesanan kontak rapat dan ujian swab, kuarantin untuk kontak rapat serta kerja sanitasi,” jelas kenyataan tersebut.

 

Sumber: IKEA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang