Siakap Keli
Kredit: Google

Kereta Tak Boleh Hidup? JPJ Ajar 6 Langkah Ini Untuk ‘Jump Start’ Kereta Dengan Betul

Kalau kereta tidak dapat dihidupkan, biasanya ia mesti berpunca daripada kuasa bateri kereta yang sudah lemah.

Maka jalan pantas untuk menghidupkannya pada waktu itu adalah dengan mengamalkan teknik ‘jump start’ yang dibantu oleh sebuah kereta lain.

Namun masalah teknikal lain berisiko boleh berlaku sekiranya ‘jump start’ tidak dibuat dengan langkah yang betul.

Justeri, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi satu ciapan di Twitter hari ini berkongsi enam langkah ‘jump start’ yang betul.

1. Sambungkan kabel merah pada terminal positif (+) bateri dari kereta yang mati kepada terminal positif (+) bateri kereta yang membantu.

2. Kemudian, sambungkan kabel hitam pada terminal negatif (-) bateri kereta yang membantu kepada badan atau blok enjin kereta yang mati, BUKAN di terminal negatif (-) kereta mati tersebut.

3. Hidupkan enjin kereta yang membantu.

4. Hidupkan enjin kereta yang mati.

5. Setelah enjin kereta yang mati berjaya dihidupkan, biarkan dulu selama beberapa minit.

6. Akhir sekali, buka semula sambungan kabel mengikut turutan terbalik 4, 3, 2 dan 1.

Selamat mencuba.

Sumber: JPJ

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.