Siakap Keli
Gambar: Bernama

“Penghujungnya Masih Belum Kelihatan..” Dr Noor Hisham Sedih, Genap Setahun Negara ‘Lawan’ Covid-19

Hari ini, genaplah setahun ‘perjuangan’ negara menentang wabak Covid-19 sejak kes pertama dilaporkan, melibatkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura.

Antara ‘orang kuat’ di sebalik usaha Malaysia memerangi wabak ini, pastinya Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri  Dr. Noor Hisham Abdullah, yang saban hari melaporkan perkembangan terkini Covid-19 kepada seluruh rakyat.

Menerusi perkongsian terbaharu di Twitter rasmi beliau, Dr Noor Hisham meluahkan rasa sedih apabila pasukan kesihatan dan perubatan telah bertahan selama satu tahun melawan pandemik Covid-19.

”Sungguh menyedihkan saya bahawa kami telah bertahan selama 1 tahun bertarung melawan Covid-19. Hujungnya hampir tidak kelihatan.

”Namun walaupun keletihan mental & fizikal, kita semua perlu terus maju. Semua orang, tidak kira siapa anda, mesti memikul tanggungjawab ini untuk menyelamatkan negara kita bersama,” tulis beliau.

Sumber: Twitter @DGHisham

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.