Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Semua Terkorban, Pesawat Bawa Presiden Dan Pemain Kelab Bola Sepak Brazil Dilaporkan Terhempas

Sebuah pesawat yang membawa presiden dan empat pemain kelab bola sepak Brazil, Palmas, terbunuh dalam nahas pada pagi ini di Tocantins.

“Pesawat itu berlepas dan terhempas di hujung landasan di Tocantinense Aviation Association.

”Kami sedih untuk melaporkan tidak ada yang terselamat,” menurut jurucakap pasukan itu.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Presiden Lucas Meira, bersama pemain Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcus Molinari serta juruterbang.

Difahamkan, mereka di dalam perjalanan menuju ke Goiania, sejauh kira-kira 500 batu, untuk pertandingan menentang Vila Nova pada keesokkan harinya.

Menurut rekod, pada tahun 2016, kelab Chapecoense , pasukan divisi pertama di Brazil, kehilangan hampir keseluruhan pasukan mereka ketika pesawat yang membawa mereka ke Medillin, Colombia terhempas.

Sumber: CBS Sports

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.