Sebagai umat Islam, semua sudah maklum bahawa solat itu tiang agama. Ia diwajibkan sebagai amalan fardhu setiap hari.
Solat juga merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah, diikuti puasa di bulan Ramadan, membayar zakat serta mengerjakan haji.
Ketika musim pandemik COVID-19 kini, banyak negara terpaksa menutup masjid bagi mengekang penularan virus, maka langkah alternatif yang terpaksa diambil adalah solat di rumah sahaja, sama ada berjemaah bersama keluarga mahupun bersendirian.
Namun baru-baru ini, tular di media sosial beberapa foto seorang penghantar makanan Foodpanda solat di tepi jalan.


Difahamkan, kejadian tersebut dilaporkan dirakam di sebuah lokasi di Filipina.
Foto-foto tersebut dikongsikan di laman Facebook Philippine Star dan tular dengan lebih 50,000 perkongsian.
Kapsyen bagi hantaran foto-foto tersebut tertulis seperti berikut:-
Penghantar makanan Muslim berhenti sebentar di bahu jalan di Jalan Zobel, bandar Manila untuk mendirikan solat fardhu.
Solat ialah rukun kedua dalam Islam, dilaksanakan sebanyak lima kali sehari dan diwajibkan ke atas semua Muslim.


Walaupun penat mencari rezeki di bawah panas terik mentari mahupun hujan lebat, lelaki itu tetap tegar menunaikan perintah wajib tersebut hatta terpaksa solat di tepi jalan sekalipun.
Rakaman foto itu benar-benar menyentuh hati warganet yang melihatnya.
Foto ini mendapat pelbagai maklum balas menarik daripada warganet, khususnya masyarakat Filipina sendiri.
Antara reaksi warganet adalah seperti berikut:-
Dipercayai yang memberi komentar ini mungkin daripada kalangan masyarakat Muslim di sana.
Mudah-mudahan lelaki ini dimurahkan lagi rezekinya berlipat kali ganda kerana menjaga solat fardhu seperti yang diperintahkan oleh-Nya.
Ameen.
A Muslim food delivery rider stopped at a pavement along Zobel Street in Manila to perform a ritual prayer on Monday….
Posted by Philippine Star on Monday, January 25, 2021
Sumber: Philippine Star