Siakap Keli
Gambar via Liputan 6

(Video) Viral Lelaki Punyai Kekuatan Seakan Superman, “Selamba” Pikul Motosikal Di Pantai Macam Tak Ada Apa-apa

Sekiranya terdapat larangan menaiki motosikal di sesuatu kawasan, penunggang motosikal lazimnya akan dikehendaki turun dan menuntun motosikal milik mereka sepanjang jalan. Hal ini kerana terdapat beberapa wilayah di Indonesia yang tidak membenarkan untuk menaiki motosikal.

Baru-baru ini, terdapat rakaman video yang memaparkan seorang lelaki yang melakukan tindakan yang luar biasa di mana lelaki berkenaan rela dan selamba menggendong motorsikal miliknya sambil berjalan di pinggir pantai di Bali.

 

Merujuk rakaman video berkenaan, lelaki tersebut menggendong motosikalnya yang merupakan skuter jenis Honda Scoopy yang memiliki berat hampir 100 kilogram.

Walau begitu, video berkenaan yang dikongsikan oleh @Dagelan menunjukkan lelaki itu tidak kelihatan letih atau penat. Bahkan ia membuatkan para netizen merasa kagum dan juga segelintirnya hairan dengan tindakan lelaki tersebut.

Bagaimanapun, alasan lelaki berkenaan bertindak sedemikian tidak dijelaskan. Bahkan lokasi kejadian juga tidak dinyatakan dan hanya mengetahui bahawa ia terjadi di sebuah pantai di Bali.

Sumber: Liputan6

 

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia