Siakap Keli
Gambar via New York Post

Wanita Alami Ketakutan Setelah Dapati Ada ”Stranger” Tingal Di Loteng Rumahnya Selama Berminggu-minggu

Seorang wanita dilaporkan ketakutan apabila mendapati orang asing atau stranger telah tinggal di loteng rumahnya selama tiga minggu. Hal ini, dirinya mendakwa melihat sesuatu objek yang bergerak secara misteri di loteng rumahnya.

Wanita yang bernama, Monica Green dari Rockhampton di Queensland, Australia mendakwa dirinya menyedari terdapat sesuatu yang tidak kena dan berasa pelik ketika dirinya melihat keadaan rumahnya itu.

Bukan itu sahaja, ibu kepada tiga anak itu juga mendapati sistem kamera keselamatan rumahnya telah dimatikan bahkan beberapa barang anaknya turut hilang.

Pada awalnya Green mengaggap bahawa dirinya berkemungkinan terlalu bimbang dan risau. Namun setelah dirinya pulang dari janji temu doktor pada hari Isnin yang lalu, Green menyedari sesuatu yang telah berlaku di dalam rumahnya.

Menurut laporan, Monica Green mendakwa terdapat alat penyaman udara terpasang, pintu belakang terbuka dan nugget ayam yang sudah dimasak separuh. Hal ini, membuatkan wanita berkenaan bertindak menghubungi pihak polis. Siasatan dilakukan dan mendapati pintu masuk loteng rumah itu terbuka.

Berikutan itu, wanita itu mendakwa kemungkinan individu asing itu berjaya memasuki rumahnya dengan mencuri kunci dan tinggal di loteng. Untuk keselamatan dirinya dan keluarga, wanita berkenaan telah menukar kunci rumahnya dan kes tersebut sedang dalam siasatan pihak polis.

Sumber: New York Post

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.