Siakap Keli
Gambar: Zuryat Abadi

“Bila Terbiasa Asal Boleh”, Ikat Bata Bina Tiang Tak Kemas, Abang Ini ‘Tegur’ Ahli Tukang Yang Selalu Sambil Lewa Dalam Kerja

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kata orang, buat sesuatu kerja itu biarlah dengan sempurna kerana hasilnya akan menentukan kepuasan hati kita.

Baru-baru ini, seorang warga group Tukang Apa Hari Ini (TAHI), Zuryat Abadi berkongsi pengalamannya berhadapan seorang penukang yang mendakwa dirinya mahir, berpengalaman dan ‘pro’ dalam pertukangan.

Bagaimanapun, ianya hanya indah khabar dari rupa kerana hasil ‘air tangannya’ tidaklah seperti yang dikatakan.

Seperi yang dikongsikan ini, kelihatan tiang batu buatan penukang tersebut tidaklah mencapai spesifikasi binaan sebenar, apatah lagi cara kerja yang tidak begitu kemas.

Sehubungan itu, Zuryat yang juga berpengalaman dalam dunia pertukangan mencurahkan sedikit luahan hatinya menegur kesilapan yang selalu orang lakukan; tidak cermat membuat kerja.

Mari ikuti perkongsiannya ini.

Gambar: Zuryat Abadi

BIASAKAN YANG BETUL.

BETULKAN YANG KEBIASAAN.

Tukang pro katanya. Berjoget dangdut goyang ngebor tiang tu. Letih nak plaster pula nanti.

“Hendak melihat hasil kerja seorang tukang rumah lihatlah pada hasil mengikat (menerap) batanya,”

Tukang pro kata tidak mengapa nanti kemudian boleh lepa. Benda sudah tidak kelihatan.

Saya fikir 1 jer. Kalau kerja asas dalam pertukangan pun macam ni. Nampak sangat ketelitian dan kekemasan dalam melakukan kerja tiada. 20 tahun kerja binaan ikat batu begini?

Tuan-tuan rasa?

Bila menuntut ilmu. Jangan tuntut ilmu salah. Benda yang dimulai dengan baik pasti hasilnya juga baik.

Pertama, mengukur. Kedua, menanda. Ketiga,  aras. Keempat, kemahiran.

Hendak mendapatkan ketajaman kemahiran, kena asah selalu dan gunakan akal untuk mendapatkan teknik. Bukan MENGAKAL.

Belajar dari kesilapan ialah sebaik-baik ilmu.

“Bata hendak diplaster tidak perlu ikat cantik-cantik. Melambatkan masa bekerja” mungkin itu apa yang segelintir dari tukang kerap katakan. Bagi saya. Bukan cantik tidak cantik atau “plaster” tidak “plaster” yang kita utamakan. Tapi kualiti yang kita mahu.

Ikut spesifikasi dan piawaian walau apa pun kaedah dan tekniknya. Semuanya menjurus untuk mendapatkan hasil kerja mengikat bata tembok yang tegak berdiri dan rata. Jika kita biasa buat dengan teliti dan kemas. Kemahiran serta kepantasan melakukannya akan datang kemudian.

Yang penting ilmu nak belajar kena betul. Kena ingat menerap bata ini ialah asas kepada pertukangan bangunan. Bila kita gagal dalam menerap bata maka akan terlihatlah sifat dan tabiat kita dalam melakukan kerja berkaitan yang lain juga.

Gambar: Zuryat Abadi

Jika kita belajar melakukan dengan cara betul dan jadikannya kebiasaan tidak menjadi masalah untuk kita mendapatkan kepantasan, kemahiran dan paling utama kekemasan serta kualiti kerja.

Seperti apa yang saya ceritakan. Tukang ini mengatakan dia sudah 20 tahun bekerja di bidang binaan. Tetapi hasil kerjanya mengikat bata sangat teruk dan tidak menepati piawaian. Ini bukan masalah dia tidak ikhlas bekerja atau membinanya. Masalahnya dia sudah terbiasa buat asal boleh dengan cara yang juga salah.

Mat Saleh ada cakap. Practice makes perfect. Ketelitian perlu ada dalam diri untuk mendapatkan kekemasan dalam membuat kerja. Kekerapan melakukannya berulang kali pula akan memahirkan kita. Apatah lagi jika kita membina rumah orang yang membayar kita dengan wang ringgit. Kita perlu buat yang terbaik.

Amanahlah dalam urusniaga. Setiap apa yang kita makan dari rezeki kita menjadi darah daging.

Gambar: Zuryat Abadi

*Back to 1996 i’m only sixteen years old and sweet.

Ada ke geng-geng GIATMARA DAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA dalam ni?

Anak-anak MARA

Sumber: Zuryat Abadi melalui Tukang Apa Hari Ini

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'