Siakap Keli
Gambar Via Anissa Ismail

Cara Buat Telur Masin Sendiri Di Rumah, Hanya Guna 5 Bahan Ini, Lebih Puas Hati, Bersih Dan Selamat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Telur masin adalah satu makanan berasaskan telur yang mengandungi khasiatnya tersendiri. Ia boleh dimakan oleh semua golongan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Telur masin ini boleh didapati dalam bentuk telur ayam mahupun telur itik.

Bagi mereka yang menggemari telur masin, mereka akan beli di luar walaupun kebersihannya tidak terjamin. Ini kerana pembuatan telur masin ini sangat sukar dan memerlukan masa yang lama untuk makan.

Telur masin sememangnya menjadi kegemaran jika dimakan bersama dengan ulaman-ualaman, ataupun makan bersama dengan nasi kerabu. Ada juga yang gemar makan begitu sahaja.

Mengikut salah salah seorang pengguna Facebook Anissa Ismail, beliau berkongsi resipi cara buat telur masin di rumah. “Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri telur masin ini sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati dan tak perlu ragu-ragu dah dengan kebersihan telur.”

Berikut adalah cara-caranya :

Telur Masin Cantik
Bahan-Bahan:
50 biji Telur Itik (*cuci bersih dan jemur hingga betul-betul kering)
500gram garam kasar
1.5liter air
2 helai daun pandan
Bekas berpenutup
Cara Membuat:
1. Masak air, garam dan daun pandan hingga betul-betul mendidih dan sejukkan(pastikan betul-betul sejuk iya).
2. Masukkan telur itik ke dalam bekas dan tuangkan air garam yang dimasak.
3. Tutup kemas-kemas dan jeruk lebih kurang 2 minggu (14-15hari).
4. Setelah 2 minggu boleh try rebus dulu.. Kalau belum cukup masin boleh tambah 3,4 hari lagi.
5. Kalau dah cukup masin boleh toskan air garam.
Siap, Selamat Mencuba!
Sumber : Anissa Ismail

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.