Siakap Keli
Gambar via PTTI

PTTI Tawar Seminar Khas Secara Percuma Kepada 10,000 Calon SPM Yang Terkesan Ketika Pandemik

Setelah beberapa kali ditunda kerana wabak COVID-19 yang melanda di Malaysia, peperiksaan SPM akhirnya bakal dilangsungkan bermula 22 Febuari ini. Penundaan tersebut berlaku sedikit sebanyak memberi kesan terhadap emosi dan semangat bakal calon SPM.

Kebelakangan ini, keluhan para calon SPM di seluruh Malaysia yang terkesan menjadi perhatian, perdebatan hangat bahkan topik perbualan oleh ramai pihak.

Bagaimanapun, terdapat pusat peningkatan akademik dan pakar yang dikenali dengan nama PTTI, konsisten dan potimis dalam menyahut seruan kerajaan sekali gus membantu para ibu bapa serta pelajar untuk berdepan kemelut yang melanda di Malaysia.

Gambar via PTTI

Jenama yang sudah lima tahun dalam membantu calon SPM mencapai keputusan cemerlang itu mengambil inisiatif dengan menawarkan gerak gempur terakhir menerusi seminar khas dalam talian secara percuma selama dua hari dan ianya terhad kepada 10,000 calon SPM sahaja. Seminar berkenaan akan diadakan sempena Tahun Baru Cina pada 13 dan 14 Febuari depan.

“PTTI percya usaha ini dapat sedikit banyak membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan para ibu bapa yang masih menaruh harapan tinggi terhadap peperiksaan SPM anak mereka.

“Dengan bangkitnya semangat calon SPM itu beserta dedikasi guru di PTTI, insyaAllah ia menjadi kunci terbaik dalam apa yang diharapkan. Malah dengan maklum balas dan kejayaan pelajar SPM sebelum ini yang dibantu PTTI, kami yakin usaha itu bukan sesuatu yang mustahil.

“Jadi segeralah mendapatkan 10,000 tempat percuma itu dengan melayari www.MampuSkorSPM.com atau hubungi hotline 0128082284,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Fana.

Gambar via PTTI

Cikgu Fana berkata sejak bulan Mac tahun lalu, PTTI telah menganjurkan seminar yang berjaya menghimpunkan sekitar 93,000 pelajar tingkatan 4 dan juga calon SPM.

“Di sebalik isu berbangkit ketika ini iaitu masalah sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk golongan pelajar, kami percaya aka nada solusi terbaik terhadap hal berbangkit itu.

“Lama kelamaan cara itu akan dapat dibiasakan. Malah saya lihat para ibu bapa mula risai apabila anak mereka ketinggalan dengan cara pembelajaran dalam talian termasuk (PdPR) atas kekangan situasi semasa.

“Ironinya PTTI sudah berjaya membuktikan keberkesanan perkongsian ilmu dalam talian. Sejak tahun 2016 pun kami terus agresif. Bayangkan sejak awal penubuhan hinggalah kini, kami sudah membantu lebih 100,000 pelajar SPM memperoleh skor terbaik.

“Tidak semata mata secara interaktif di media sosial, penganjuran seminar yang dilaksanakan juga meraih perhatian ramai pelajar. Cuma apabila berdepan dengan pandemik ini, seminar terpaksa dilakukan secara dalam talian,” katanya.

Pada 23 Januari yang lalu, PTTI sempat menganjurkan seminar Mampu Skor SPM dengan menampilkan empat selebriti terkenal Malaysia iaitu Mira Filzah, MK Clique, Caprice dan Sharifah Rose.

“Tugas golongan selebriti berkenaan memberi pengaruh dan contoh yang baik yang dianggap sebagai salah satu cabang suntikan semangat serta motivasi.

“Empat artis tersebut mempunyai pencapaian hebat dan terbaik dalam pelajaran mereka. PTTI juga percaya pendekatan sebegini dan diadunkan dengan elemen pendidikan secara interaktif dapat menarik minat pelajar.

“Kami juga bangga memperkenalkan MK Clique sebagai duta baru bagi PTTI pada tahun ini di mana tugasnya sama dipikul Mira tahun lalu,” katanya lagi.

Sumber: pttionline (Instagram)

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.