Siakap Keli
Gambar Via Dang Anum

Sedih Tengok Banyak Bayi Digugurkan, Lelaki Ini Nekad ‘Selamatkan’ Lebih 10,000 Mayat Bayi Di Hospital & Kebumikan Selayaknya Sebagai Manusia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak semua hero didendangkan, ada yang lebih gemar untuk ‘menyelamatkan dunia’ dengan caranya yang tersendiri namun impak yang ditinggalkan sangat besar.

Sama dengan kisah warga emas ini yang menyelamatkan janin-janin yang telah digugurkan.

Dilihat sebagai tidak siuman pada awalnya, Tong Phuoc Phuc yang berasal dari Vietnam ini membuktikan kemuliaan hatinya dengan menyelamatkan lebih daripada 10, 000 orang bayi.

Ikuti perkongsian Dang Anum di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisah Tong Phuoc Phuc.

Dokumentari berdurasi 37 minit dari Vietnam yang bertajuk Cha Me Xin Loi Con atau Baby We Apologise to You telah menyentuh hati ramai orang sehinggakan berjaya memenangi pingat perak di Anugerah Vietnam Golden Kite Film pada tahun 2007.

Dokumentari ini mengisahkan tentang seorang pekerja binaan yang bernama Tong Phuoc Phuc dan sekumpulan sukarelawan yang mengumpulkan janin dari hospital sebelum menguburkannya di tanah perkuburan di sebuah bukit.

Kisah ini bermula pada tahun 2001, apabila dia menemani isterinya yang sedang hamil ke hospital. Tong ketika itu mendapati ramai wanita hamil pulang tanpa bayi.

Dia kemudiannya sedar, wanita-wanita itu telah menggugurkan kandungan mereka.

Gambar Via Dang Anum

Entah kenapa hati Tong berkecai saat mengetahui hakikat itu. Bayi itu langsung tidak berpeluang melihat dunia.

Tanpa berfikir panjang, Tong meminta izin untuk membawa kesemua bayi yang telah digugurkan di hospital itu untuk dibawa pulang bersamanya.

Niatnya cuma satu. Dia perlu mengebumikan bayi-bayi itu selayaknya sebagai seorang manusia.

Gambar Via Dang Anum

Dengan duit simpanan yang ada, Tong kemudiannya telah membeli sebidang tanah di puncak gunung yang disebut Hon Thom bagi mengebumikan kesemua janin yang dikumpulnya.

Pada mulanya, isteri Tong menganggap dirinya sebagai tidak siuman namun dia tidak pernah mengalah.

Setiap kali dia mengebumikan janin yang digugurkan ibu mereka sendiri, air mata Tong pasti jatuh. Hatinya sayu. Selepas bertahun-tahun dia mengabdikan dirinya dengan pekerjaan ini, telah lebih 10,000 bayi selamat dikebumikan dengan cara pemakaman yang indah di tanah milik Tong.

Gambar Via Dang Anum

Setelah mengebumikan beribu bayi, Tong seterusnya mengorak satu lagi langkah. Dia perlu berusaha menyelamatkan bayi-bayi yang dirancang untuk digugurkan. Tong kemudiannya datang ke hospital dan wad bersalin bagi memujuk ibu-ibu dan menasihati mereka agar tidak melakukan pengguguran.

Sekiranya ada gadis yang tidak mampu membesarkan anaknya, Tong menawarkan dirinya untuk membantu membesarkan bayi itu. Dia turut berjanji tidak akan memberikan anak itu kepada orang lain. Mereka boleh kembali pada bila-bila masa untuk mengambil semula anak tersebut.

Walaupun dia perlu menghabiskan banyak tenaga untuk usahanya ini, dia gembira. Dia berjanji selagi hayat di kandung badan, selagi itulah dia akan meneruskan pekerjaannya ini. Tong Phuoc Phuc, seorang hero yang tak didendang.

🦋#DangAnum🦋

Sumber: Dang Anum

Sofea

There's always another side to every story