Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

TERKINI COVID-19: 3,585 Kes Baharu & 4,076 Kes Sembuh Harian Direkod Hari Ini

PUTRAJAYA, 26 Jan – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan 3,585 kes positif baharu jangkitan COVID-19 hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes terkini meningkat ke 190,434 kes bersamaan 40,574 kes aktif.

Menurut data yang dikeluarkan, Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 1,295 kes, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 610 kes dan Johor sebanyak 516 kes.

Dalam pada itu, kes sembuh juga turut mencatatkan angka tinggi dengan 4,076 kes, menjadikan jumlah sembuh keseluruhan terkini sebanyak 149,160 kes.

Bagaimanapun, 11 kes kematian baharu dilaporkan.

Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'