Siakap Keli

TERKINI: Pasangan Suami Isteri Jarak Jauh Dibenar Rentas Negeri Untuk Bertemu Mulai Esok, Tetapi Perlu Kebenaran Polis- Ismail Sabri

Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Sri Ismail Sabri memaklumkan bahawa suami isteri yang berjauhan dibenarkan untuk merentas negeri berkuatkuasa 27 Januari 2021 (esok).

Menurutnya, mereka dibenarkan merentas negeri dengan syarat mendapatkan kebenaran dari pihak polis.

“Atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, kerajaan bersetuju untuk membenarkan pasangan suami isteri yang berjauhan disebabkan bekerja untuk merentasi negeri bertemu dengan keluarga masing-masing dengan syarat perlu mendapat kebenaran dan kelulusan Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Namun, bagi pasangan yang bergejala, mereka dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan terlebih dahulu ataupun sekurang-kurangnya membuat swab test sebelum mereka pulang.

“Kita tidak mahu akhirnya mereka membahayakan keluarga masing-masing,” katanya.

Sumber: RTM

Sofea

There's always another side to every story