GAZA – Dengan menggunakan tongkat, Mohamed Aliwa dari Palestin berjaya melompat dari satu dinding konkrit ke dinding yang lain. Dirinya mengatakan walaupun hanya mempunyai satu kaki, ia bukan penghalang baginya daripada melakukan sukan parkour.
Menurut laporan, lelaki berkenaan kehilangan kaki kanannya pada tahun 2018 setelah dirinya terkena tembakan oleh tentera Israel ketika berlaku tunjuk perasaan di sepanjang sempadan kubu yang memisahkan Jalur Gaza dari Israel.
Sejak kejadian kehilangan kaki kanannya, impian Aliwa untuk menjadi seorang atlet parkour profesional terpaksa dilupakan, katanya kepada AFP.
Tetapi melihat rakan-rakannya yang melompat dari halangan ke halangan lain, lelaki yang berusia 18 tahun itu kadang-kadang menggunakan kaki kanan palsu sebelum melakukan aksi parkour.
“Saya meminta rakan-rakan saya untuk membantu saya berjalan, dan sedikit demi sedikit saya boleh melompat dan bergerak seperti mereka,” katanya.
Oleh hal yang demikian, dirinya menyifatkan bahwa kecacatan yang dialaminya itu tidak menghalang bahkan menghentikan impiannya untuk beraksi dalam sukan tersebut.
Sumber: CNA.com