Siakap Keli
Gambar Via Kelvin Liew Peng Chuan

“Berguna Dari Daun Sampai Batang”, Lelaki Saran Tanam Pokok Pisang, Kongsi Manfaat Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi yang gemar menanam pokok, anda pasti tahu perasaan teruja bila pokok tersebut membuahkan hasil.

Ditambah lagi jika tanaman tersebut boleh memberikan pelbagai manfaat lain seperti pokok pisang.

Selain untuk menikmati buahnya, mungkin pokok pisang selama ini hanya dianggap sebagai ‘hiasan’ semata-mata yang melatari halaman rumah.

NamunĀ  pokok pisang juga sebenarnya mempunyai pelbagai manfaat lain.

Ikuti perkongsian Kelvin Liew Peng Chuan untuk mengetahui mengenai manfaat pokok pisang tersebut dengan lebih lanjut.

Kalau tanah ada, biar sekangkang kera pun, saya sarankan kawan-kawan tanam lah pisang.

Dalam bertahun-tahun saya bergiat dalam menanam pisang secara hobi ni, makin banyak yang saya belajar tentang betapa bergunanya pokok pisang, dari daun sampai batang.

Semasa ia membesar, kita boleh gunakan daunnya sebagai pelapik dan pembalut kuih. Wanginya tiada tandingan.

Masa berbuah, jantung kat sisir pisang terakhir boleh dimasak.

Gambar Via Kelvin Liew Peng Chuan

Bila buah cukup tua, boleh dituai untuk makan sendiri dan diberikan kepada orang lain.

Manfaat pokok pisang ni tak berakhir selepas ia ditebang. Yang rajin sikit, boleh lah buka pelepahnya satu-satu sampai ke umbut.

Pelepahnya boleh dibuat tali, terutamanya pelepah yang berwarna putih. Talinya sama kuat dengan rafia.

Umbutnya pula boleh dimasak. Umbut satu pokok tu boleh jamu dalam 4 keluarga!

Selamat hujung minggu, selamat berkebun

Sumber: Kelvin Liew Peng Chuan

Sofea

There's always another side to every story