Siakap Keli
Gambar via IDN Times

Filipina Dilapor Keluarkan Arahan Larang Kanak-kanak Berumur 10 Hingga 14 Tahun Keluar Rumah Untuk Kawal Penularan COVID-19

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dilaporkan telah menetapkan larangan bagi kanak-kanak berusia 10 hingga 14 tahun untuk tidak meninggalkan rumah masing-masing ketika negara tersebut dalam memerangi wabak COVID-19 yang semakin mengganas.

Menurut laporan, larangan tersebut dilkasanakan hampir di seluruh negara sejak bermulanya wabak pandemik bahkan ketika ekonomi dibuka semuka setelah kelonggaran penutupan dan sekatan.

“Pulang ke rumah masing-masing dan mereka boleh menonton TV sepanjang hari,” kata Duterte kepada media.

Walau begitu, masih terdapat ibu bapa yang melanggar peraturan dengan membiarkan anak mereka bermain di taman dan di jalanan. Bagi para ibu bapa, larangan tersebut menyebabkan mereka tidak dibenarkan pergi ke sekolah dan pusat membeli-belah yang merupakan pusat tumpuan umum.

Tambahan itu, Duterte mengatakan bahawa dirinya tidak mahu merisikokan golongan kanak-kanak daripada dijangkiti virus British yang lebih menular dan kini dilaporkan telah menjangkiti sebanyak 17 individu di negara ini termasuklah tiga kanak-kanak.

“Saya takut kerana wabak baru ini menyerang kanka-kanak,” katanya.

Bagaimanapun, jumlah jangkitan di Filipina telah mencatatkan lebih daripada setengah juta dan ia menjadi salah satu negara yang tertinggi di Asia Tenggara.

Sumber: CNA.com