Kebanyakan pemilik kereta mungkin pernah mengalami situasi kehabisan bateri kereta. Tidak dinafikan, dengan kewujudan khidmat penghantaran bateri seperti Carput atau Bateriku, kita boleh sahaja mendapatkan bantuan di hujung jari. Namun mungkin ada antara kita yang terpaksa berjimat bagi kegunaan lain di kala kegawatan.
Jika anda salah seorang daripadanya, kabel jumper adalah peralatan penting yang wajib ada dalam kereta anda. Dengan alat ini, anda bolehlah menghidupkan kereta anda yang kehabisan bateri.
Tapi awas, jika silap caranya, kemungkinan boleh berlaku litar pintas atau kerosakan pada komponen kereta anda. Jadi, mari kita pelajari langkah demi langkah untuk jump start kereta dengan betul mengikut panduan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sebelum mulakan, pastikan enjin kedua-dua kereta dimatikan terlebih dahulu ya.
1. Sambung kabel merah pada terminal positif (+) bateri daripada kereta yang mati kepada terminal (+) kereta membantu.
2. Sambung kabel hitam pada terminal negatif (-) bateri kereta membantu kepada badan atau blok enjin kereta mati. (Bukan pada terminal (-) bateri kereta mati).
3. Hidupkan enjin kereta membantu.
4. Hidupkan enjin kereta mati.
5. Setelah enjin kereta mati berjaya dihidupkan, biarkan selama beberapa minit.
6. Buka sambungan kabel mengikut turutan terbalik 4, 3, 2, dan 1.
Cara ‘Jump Start’ kereta dengan betul pic.twitter.com/weuA5XnNsx
— JPJ Malaysia (@JPJ_Malaysia) January 25, 2021
Sumber: JPJ Malaysia, Driving Tests