Siakap Keli

Makan Banyak Tapi Badan ‘Maintain’ Kurus, Apa Sebabnya? Ini Penjelasan Doktor

Pernah tak anda lihat rakan-rakan, atau adik-beradik mempunyai badan yang ‘maintain’ kurus walaupun makan dengan banyak? Seringkali kita terfikir ‘portion’ makanan mereka lebih kurang sama dengan kita, namun berat badan mereka seperti tiada perubahan.

Kadangkala mereka sendiri buntu mengapa perkara tersebut terjadi. Ada juga yang mengatakan ia berpunca daripada keturunan. Betul ke? Menurut satu kajian, kira-kira 85% daripada kalori yang berlebihan akan diserap dan disimpan sebagai lemak dan selebihnya akan hilang dalam bentuk haba. Sel-sel lemak yang lebih akan berkembang dan menghasilkan tenaga.

Namun begitu, ke mana perginya lemak-lemak buat mereka yang makan banyak dan mempunyai badan yang kurus ini? Mungkin ada sesetengah dari mereka sudah berusaha sedaya upaya untuk menambahkan berat badan. Walaupun pelbagai makanan dan ubat yang dimakan, namun badan masih kurus dan mempunyai BMI di bawah normal.

Berikut merupakan beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya perkara tersebut :

(1) Keturunan atau genetik

Faktor keturunan atau genetik sangat kuat mempengaruhi keupayaan fizikal seseorang. Mungkin ada sesetengah orang mempunyai keturunan metabolisme yang tinggi dan menjadikan keturunannya juga memperoleh hal yang sama. Metabolisme yang tinggi sangat penting dalam pembakaran kalori dalam tubuh.

Oleh itu, ini lah sebabnya seseorang menjadi kurus walaupun makan dengan kuantiti yang banyak.

(2) Sering melakukan banyak aktiviti

Melakukan aktiviti harian dengan banyak adalah salah satu sebab berat badan susah naik. Ketika seseorang itu melakukan aktiviti, tubuh badan membakar kalori dengan banyak. Perlu ingat, tubuh badan kita juga memerlukan rehat yang secukupnya setelah melakukan sebarang pekerjaan.

Justeru, mereka yang sering melakukan banyak aktiviti tanpa rehat ini akan membuatkan risiko badannya bertambah lesu dan lemah ditambah pula dengan berat badannya yang tidak normal.

(3) Menderita penyakit kronik

Seseorang yang mengalami penyakit kronik menjadikan selera makan berkurang. Perkara ini membuatkan berat badan semakin susut dan hanya bergantung kepada ubat sahaja. Antara penyakit kronik yang mungkin menjadikan seseorang itu kurus adalah infeksi tuberkulosisdiabetestiroid, AIDS, dan kanser.

(4) Stress

Mereka yang sering mengalami stress akan menjadikan jadual pemakanan dalam seharian tidak teratur. Contohnya, mereka bersarapan pada waktu pagi dan mempunyai masalah di tempat kerja sehingga mendapat tekanan atau stress lalu skip untuk makan tengah hari dan makan malam akibat terlalu memikirkan masalah di tempat kerja.

Sama juga mereka yang mempunyai masalah kewangan, percintaan, perniagaan dan sebagainya. Mereka juga cenderung mengalami stress dan kurang selera makan. Oleh sebab itu, mereka akan mengalami berat badan yang susut dan menjadi kurus.

Namun, anda tidak perlu bimbang. Beberapa cara ini boleh diikuti bagi membantu anda menambahkan berat badan yang ideal :

a. Menambah kalori yang sihat dalam pemakanan

Mereka yang sering mengeluh badan masih kurus walau makan banyak boleh cuba untuk tambah kalori yang sihat dalam makanan. Namun, elakkan makan makanan seperti junkfood kerana ia bukan sahaja menambahkan kalori malah membuatkan kesihatan anda bertambah teruk jika selalu amalkan.

Mungkin anda boleh cuba tambah kalori sihat seperti roti, kacang, buah-buahan dan sebagainya.

b. Mendapatkan nutrisi yang cukup

Pengambilan nutrisi yang lengkap dalam makanan seperti kentang, telur, avokado, kacang, dan susu berupaya meningkatkan kesihatan badan dan menambahkan sedikit kalori. Oleh itu, badan anda tidak akan kurus malah bertambah sihat.

c. Makan dengan jumlah yang sedikit

Kebiasaannya mereka yang kurus seringkali sukar untuk habiskan makanan. Oleh itu, untuk menambahkan kalori, anda boleh makan secara kerap namun dengan kuantiti yang sedikit. Perkara ini sedikit sebanyak akan menambahkan sedikit berat badan yang ideal.

d. Elakkan minum dengan banyak sebelum makan

Air sememangnya diperlukan untuk mendapatkan metabolisme yang baik dalam badan. Namun, minum air dengan banyak sebelum makan tidak disarankan kerana akan membuatkan perut anda berasa kenyang dan kurang selera untuk makan.

e. Melakukan senaman

Aktiviti senaman bukan dilakukan untuk mengurangkan berat badan malah ianya juga penting untuk menambahkan sedikit berat badan. Ini kerana seseorang yang melakukan senaman akan meningkatkan kadar otot sehingga menampakkan susuk tubuh seseorang sedikit berisi.

Antara sukan atau senaman yang boleh mengembangkan otot anda adalah berenang, yoga , pilates dan sebagainya.

d. Tidur yang mencukupi

Berat badan yang ideal boleh didapati jika seseorang mempunyai tidur yang cukup. Kualiti tidur yang cukup sangat baik untuk pertumbuhan otot dan berupaya untuk menambahkan berat badan.

Sumber : Dr. Allert Benedicto Ieuan Noya via Alodokter

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.