Siakap Keli
Gambar: Suara Lampung

Penduduk Gempar, ‘Bola Hitam’ Besar Dengan Tulisan ‘Yokohama 50KPa Dilapor Ditemui Tepi Pantai, Cetus Tanda Tanya

Penduduk Kabupaten Bintan, Kepri, Indonesia dikejutkan dengan penemuan satu bola hitam misteri besar berukuran 3 meter yang dijumpai di pantai Desa Teluk Bakau pada Selasa lalu, lapor Indo Zone.

Bola hitam tersebut difahamkan dilitupi dengan rantai besi dan beberapa biji tayar. Turut terdapat beberapa tulisan pada bola hitam tersebut antaranya ialah ‘Yokohama 50KPa’.

Gambar: Indo Zone

Ketua Polis daerah Gunung Kijang, AKP Monang p Silalahi berkata, objek itu telah dijumpai oleh penduduk tempatan dan pihaknya masih lagi menyiasat berkenaan objek misteri tersebut.

“Kami sedang bertindak dan menyiasat dengan lebih lanjut berkenaan dengan penemuan bola hitam itu,” kata Monang.

Jika dilihat pada objek tersebut, ianya seakan pneumatic fender yang banyak digunakan dalam industri perkapalan.

Sementara itu, pada hari sebelumnya, penduduk Teluk Sebong, Bintan, dilaporkan telah menemui objek yang mirip seakan sayap kapal terbang di kawasan pantai pesisir Lagoi.

Objek seperti sayap berwarna kelabu itu dilaporkan berukuran 3.6 meter panjang dan 1.35 meter lebar. Penduduk setempat yang menemukan objek itu difahamkan menemuinya semasa dia sedang membersihkan kawasan pantai.

Objek itu kini dilaporkan telah diserahkan kepada pihak tentera udara Indonesia untuk siasatan lanjut.

Sumber: Indo Zone

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.