Siakap Keli
Gambar via ZAWYA

Penduduk Tempatan Lapor Dengar Letupan Kuat Di Riyadh, Arab Saudi

RIYADH – Satu letupan kuat kedengaran dilaporkan di Riyadh, ibu negara Arab Saudi pada hari ini namun punca masih tidak dikenal pasti.

Menurut laporan, terdapat beberapa saksi yang mengatakan mereka mendengar dua letupan kuat dan ternampak kepulan asap kecil di ruang udara ibu kota. Kejadian tersebut berlaku pada pukul 1 petang waktu tempatan.

TV Al Arabiya melaporkan bahawa letupan dan terdapat video yang tersebar di media sosial yang kononnya menunjukkan peluru berpandu sedang memintas masuk ke ruang udara ibu kota berkenaan. Hal ini, pihak berkuasa Arab Saudi masih tidak memberi sebarang komen mengenai kejadian yang berlaku.

Selain itu, serangan peluru berpandu dan drone yang dituntut oleh pasukan Houthi mendakwa telah menyasarkan lapangan terbang awam dan infrastruktur minyak di Arab Saudi dan kadang-kala ia dilaporkan sampai ke Riyadh.

Pada hari Sabtu yang lalu, gabungan tentera pimpinan Arab Saudi yang beroperasi di Yaman mengatakan telah memintas dan memusnahkan “sasaran udara musuh” yang dilancarkan ke arah Riyadh.

Sumber: Reuters 

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia