Siakap Keli
Gambar via CNN Indonesia

Restoran Di Dubai Tawar Diskaun Untuk Pelanggannya Yang Sudah Mengambil Suntikan Vaksin COVID-19

Restoran di Dubai dilaporkan telah memberi potongan harga kepada pelanggan yang telah mendapat suntikan vaksin COVID-19.

Menerusi satu iklan yang dipaparkan menerusi rangkaian restoran tersebut, ia menunjukkan iklan “Spread love, not Rona” di mana terdapat tiga restoran yang dikendalikan oleh Gate Hospitality didakwa menawarkan potongan 10 peratus kepada penduduk yang telah mendapat suntikan pertama manakala 20 peratus pula diberikan kepada mereka yang telah melengkapkan kedua-dua suntikan.

Gambar via India.com

Menurut laporan, bagi mendapatkan potongan harga itu, pelanggan yang datang ke restoran berkenaan perlu menunjukkan bukti seperti sijil perubatan bagi mengenal pasti bahawa mereka sudah mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

Walaupun begitu, terdapat segelintir penduduk yang beranggapan bahawa ianya hanyalah sekadar ‘taktik pemasaran’ semata-mata.

Namun, restoran berkenaan melakukan potongan harga bertujuan untuk memberi galakkan dan motivasi supaya penduduk mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Selain itu, aplikasi perkongsian perjalanan Uber juga dilapor telah mengumumkan bahawa ia akan menawarkan potongan harga kepada mereka yang ingin mengambil vaksin COVID-19 di UAE. Ini dianggap sebagai satu usaha untuk mencegah penyebaran virus.

UAE mendakwa telah melakukan program vaksinasi secara besar-besaran paa bulan Disember yang lalu setelah menyetujui vaksin yang dibuat oleh firma China Sinopharm dan AS Pfizer.

Sumber: Khaleej Times