Siakap Keli
Gambar via Business Insider

Setahun Selepas Kes Pertama Muncul, Penduduk Wuhan Bergembira Kini Bebas COVID-19

WUHAN – Kota yang dilaporkan kes COVID-19 pertama di dunia setahun yang lalu kini didakwa bebas daripada wabak tersebut. Hal ini, kehidupan masyarakat kembali normal di mana mereka bebas melakukan aktiviti mereka termasuklah menikmati kehidupan malam dan menghadiri pesta kolam renang.

Kini, wabak itu dianggap sebagai sejarah. Malah, muzium di kota tersebut didakwa telah meraikan kemenangan itu dengan mengadakan pameran yang disebut ‘Wuhan Stay Strong’ untuk memperingati penutupan selama 76 hari.

Yang Yuanyin mendakwa telah menutup restorannya pada Januari tahun lalu ekoran bandar berkenaan telah melakukan pelaksanaan kawalan pergerakan. Hal ini, dirinya mengambil keputusan untuk memasak makanan untuk kakitangan dan pesakit di hospital yang baru dibina. Bahkan dirinya mendakwa sanggup meninggalkan keluarganya buat sementara demi kakitangan dan pesakit.

“Isteri dan ibu saya tidak benarkan saya pergi. Saya memberitahu isteri saya supaya menjaga dan membesarkan anak kami sekiranya saya tidak kembali lagi,” kata Yang kepada Business Insider Today.

Namun begitu, dirinya dilaporkan pulang ke pangkuan keluarga dan mendakwa telah membuka semula perniagaannya pada bulan April yang lalu setelah Wuhan mengalami pemulihan sedikit demi sedikit.

Walau bagaimanapun, wabak pandemik yang berlaku di kota tersebut sedikit sebanyak telah menjejaskan pelbagai sektor terutamanya dari segi perniagaan. Hal ini, ia mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala.

Sumber: Business Insider

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia