Siakap Keli
Gambar: Star Shine Shipping LTD

Terkunci 3 Minggu Dalam Kontena, Kucing Ini Berjaya ’Survive’ Tempuh Perjalanan Lebih 2,000km

Seekor kucing telah mengejutkan pekerja syarikat perkapalan ketika keluar dari sebuah kontena yang terkunci selama tiga minggu di laut tanpa makanan.

Awal bulan ini, syarikat logistik Ukraine Star Shine Shipping LTD telah memuat naik kisah tersebut di Facebook bagi menceritakan cerita tentang kucing yang luar biasa itu.

Semasa mereka membuka kontena yang telah menempuh perjalanan lebih dari dua ribu kilometer dari Ukraine ke Israel, dalam jangka masa tiga minggu, kakitangan syarikat itu telah menemui seekor kucing berwarna kelabu di dalamnya.

Kucing tersebut dilporkan kelihatan agak takut, namun dalam keadaan baik, walaupun telah menempun perjalanan yang jauh tanpa makanan dan air.

Foto yang dikongsikan di laman Facebook Star Shine ShipPing LTD  menunjukkan seekor penumpang yang tidak diundang duduk di atas timbunan kotak, dan kemudiannya meregangkan kakinya di pelabuhan Israel. Salah satu daripada foto yang dikongsikan juga turut menunjukkan beberapa kotak yang dipenuhi dengan gula-gula Ukraine telah dikoyakkan.

Walaupun pasti ramai yang berspekulasi tentang bagaimana kucing itu dapat bertahan selama tiga minggu di dalam kontena tersebut, namun kucing tersebut dipercayai memakan makanan yang bergizi untuk nutrien, dan menjilat pemeluwapan yang terhasil di bahagian dalam permukaan logam kontena tersebut untuk air.

Setelah menjumpai kucing tersebut, syarikat tersebut telah memeriksa rakaman video bagi mengetahui bagaimana kucing itu boleh terkurung di dalam kontena berkenaan.

Menurut Oddity Central, kucing tersebut telah curi-curi masuk semasa kontena itu sedang dimuatkan di pelabuhan Odessa.

Walaupun beberapa persoalan mengenai kelangsungan hidup kucing itu selama tiga minggu perjalanan yang jauh masih belum dijawab, yang penting ialah haiwan berkenaan telah pulih dan sihat sepenuhnya dalam jagaan pengarah syarikat logistik tersebut, Alexander Vinnik.

Sumber: Oddity Central

Aqmal Ezany

I write what is right