Baru-baru ini viral sebuah rakaman video yang memaparkan seorang pemuda bernama Alex Satria yang bangga menghadiri majlis konvokesyen secara pandu lalu dengan menaiki beca bersama keluarganya.
Alex Satria yang berusia 23 tahun itu mengatakan dirinya tidak segan bahkan tidak malu menghadiri majlis tersebut dengan menaiki beca walaupun rakan-rakannya yang lain menaiki kereta. Malah, dirinya mendakwa sempat melihat ayahnya sedih dan ibunya menitiskan air mata ketika majlis konvokesyen yang diadakan pada hari Sabtu yang lalu.
Namun, air mata yang menitis itu bukan menandakan kesedihan melainkan ianya adalah air mata kerana bangga dirinya telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang sarjana perubatan.
“Sebenarnya saya berasa sedih tetapi saya tidak ingin ibu bapa saya nampak saya menangis,” kata Alex.

Tambahan itu, Alex juga mengakui bahawa dirinya telah menerima tawaran oleh jiran tetangga untuk menaiki kereta ketika majlis berkenaan. Namun, dirinya menolak tawaran tersebut kerana pekerjaan ayahnya sebagai pemandu becalah yang membantu keluarganya dalam menjana pendapatan sehingga dirinya berjaya menamatkan pengajian.
“Kalau saya menerima tawaran tersebut, bererti saya tidak menghargai kerja keras ayah saya walaupun ayah saya tidak kisah mengenai hal itu,” tambahnya.
Rakaman video yang tular di media sosial tersebut diharapkan mampu memberi inspirasi bahkan pengajaran kepada anak muda yang lain supaya meneruskan pembelajaran walaupun apa jua keadaan.
@riyanda74 Tersentuh banget hati ku😭#jagoUTBK #Tranding #fyp #fypシ #berandafyp #fyp #fpyシ #fypdongggggggg #viral #efekgadakotak #medistra #pyp #beranda #ayah
♬ original sound – wan muhammad heriyan – wan muhammad heriyan
Sumber: TribunNews