Siakap Keli
Gambar: Fakta Banten

Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda Beberapa Negeri Sehingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 4 dan 5 petang ini.

Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 2:45 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 5 petang ini:

Perlis

Kedah: (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling)

Perak: (Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak)

Sarawak: Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau)

Bagi kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 4 petang pula adalah seperti berikut:

Pahang: (Kuantan, pekan dan Rompin)

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang pulang dari tempat kerja atau yang mempunyai urusan di luar pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir petang ini.

Sumber: MetMalaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.