Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

COVID-19: Selangor Kembali Catat Kes Tertinggi Dengan 1,577 Kes, Diikuti Johor & KL

PUTRAJAYA, 28 Jan – Selangor kembali mencatatkan angka tertinggi kes COVID-19 harian dengan pertambahan 1,577 kes hari ini.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM), kedudukan Selangor diikuti Johor dengan 717 kes serta Kuala Lumpur sebanyak 678 kes.

Dua lagi negeri yang mencatatkan tiga angka kes baharu ialah Sabah dengan 282 kes dan Sarawak dengan 171 kes.

Negeri-negeri lain masih merekodkan kes baharu dengan dua angka dan hanya Perlis mencatatkan satu angka iaitu pertambahan sembilan kes sahaja hari ini.

Untuk rekod, kes baharu COVID-19 negara hari ini kembali melebihi 4,000 apabila sebanyak 4,094 kes dicatatkan hari ini.

Angka tersebut menjadikan kes keseluruhan kini meningkat ke 198,208 kes.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.