Ada penyakit yang serius ‘bersembunyi’ di sebalik simptom yang mungkin dianggap ringan oleh sesetengah orang. Mungkin ada yang kata, “Alah sakit biasa sahaja tu”, namun, pengesanan awal adalah lebih baik daripada penafian yang berakhir dengan penyesalan.
Salah satu sakit yang mungkin kerap dipandang ringan adalah sakit kepala. Pun begitu, sakit yang biasa ini mungkin boleh berkembang menjadi semakin serius hingga tidak lagi boleh dibendung. Ketika itu, pesakit mungkin sudah terlewat untuk mengetahui punca sebenar sakit kepala berterusan yang dideritai sekian lama.
Menurut Hello Doktor, sakit kepala pada waktu pagi adalah salah satu tanda kanser otak yang merupakan salah satu penyebab utama kematian. Biarpun penyelidik masih mengkaji punca utama kanser, namun tiga faktor risiko yang boleh menyumbang kepada penyakit ini adalah umur, sejarah kesihatan keluarga dan pendedahan terhadap radiasi.
Apa itu kanser otak?
Kanser otak merupakan ketumbuhan sel kanser yang tidak normal (tumor malignan) pada otak. Terdapat dua jenis kanser ini iaitu:
- Kanser otak primari, ia jarang berlaku dan bermula dari otak.
- Kanser otak sekunder, juga dipanggil metastatik yang bermula pada bahagian badan yang lain dan merebak ke otak serta selalu berlaku.
Kanser jenis ini sukar disembuhkan tetapi kadar jangka hayat boleh ditingkatkan dengan pengesanan awal. Sila berbincang dengan doktor tentang bagaimana anda boleh mendapatkan ujian saringan yang betul.
Kanser sekunder lebih banyak berlaku kepada orang dewasa, manakala kanser primari lebih kerap terjadi kepada kanak-kanak dan remaja bawah umur 20 tahun.
Malah, kanser jenis ini juga merupakan salah satu penyebab utama kematian.
Simptom yang biasa berlaku adalah:
- Sakit kepala di waktu pagi
- Loya dan muntah
- Perubahan pada keupayaan untuk bercakap, mendengar atau melihat
- Masalah dengan keseimbangan atau berjalan
- Masalah dengan memori atau berfikir
- Rasa letih dan mengantuk
- Perubahan pada mood atau tingkah laku anda
Mungkin terdapat simptom yang tidak dinyatakan di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom tertentu, sila hubungi doktor dengan segera.
Bilakah saya harus berjumpa doktor?
Anda harus hubungi doktor apabila mempunyai sebarang simptom yang berikut:
- Simptom tidak berkurangan atau bertambah teruk
- Sakit kepala kerap berlaku dan mengganggu aktiviti seharian
- Jika anda mempunyai serangan sawan dengan kerap
Punca-punca
Dalam kebanyakan kanser otak primari, punca sebenar masih belum diketahui. Sesetengah kanser primari mungkin disebabkan oleh mutasi pada sel tisu.
Ini mengakibatkan perkembangan sel kanser tidak normal pada kadar yang lebih laju. Bahkan, terdapat pelbagai jenis kanser otak primari dan ia bergantung pada jenis sel yang terlibat.
Sementara itu, Kanser jenis sekunder pula berlaku disebabkan oleh sel kanser daripada bahagian tubuh badan lain yang merebak (metatasis) ke otak.
Ini selalunya berlaku kepada pesakit yang mempunyai sejarah kesihatan kanser seperti:
- Kanser payudara
- Kanser kolon
- Kanser buah pinggang
- Kanser paru-paru
- Kanser melanoma
Faktor Risiko
Walaupun sukar untuk menentukan punca sebenar, namun doktor telah mengenal pasti beberapa faktor risiko iaitu:
- Umur: Risiko anda terhadap tumor otak meningkat dengan usia, manakala terdapat beberapa jenis tumor yang hanya berlaku kepada kanak-kanak
- Terdedah kepada radiasi
- Sejarah kesihatan keluarga yang mempunyai kanser ini
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Apakah diagnosis kanser otak yang boleh dilakukan?
Untuk mendapatkan diagnosis yang tepat, doktor mungkin akan menjalankan ujian berikut:
- Pemeriksaan medikal dan fizikal
- Biopsi tumor otak untuk memeriksa sel tisu otak
- Pengimejan magnetik resonan (MRI)
- Scan tomografi berkomputer (CT scan)
Bagaimanakah kanser ini dirawat?
Pilihan rawatan bagi kanser jenis ini mungkin melibatkan satu atau lebih daripada yang berikut:
Pembedahan
Melalui pembedahan, jenis dan posisi tumor akan menentukan sama ada prosedur ini boleh menyembuhkan pesakit atau tidak. Tambahan pula, pembedahan boleh membantu diagnosis kanser dan mengurangkan tekanan kepada otak.
Radiasi
Rawatan radiasi dilakukan oleh ahli profesional dan radioterapi kepada tumor yang tidak boleh dibuang selepas pembedahan dijalankan.
Kemoterapi
Kemoterapi ialah pilihan yang biasa dijalankan sebagai rawatan kanser tetapi ia tidak digunakan kepada kanser jenis primari.
Ubat anti epilektik seperti phenytoin selalunya digunakan sebelum dan selepas pembedahan untuk menghalang serangan sawan.
Bagi bengkak di kepala, doktor mungkin akan memberikan steroid (dexamethasone).
Perubahan Gaya Hidup dan Rawatan Sampingan
Apakah perubahan gaya hidup untuk tangani kanser otak?
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan ini mungkin membantu anda menangani kanser jenis ini:
- Dapatkan kumpulan sokongan untuk membantu anda menjalani rutin seharian dan memberikan sokongan emosi
- Berjumpa doktor selalu untuk memantau keadaan anda
- Berkomunikasi dengan doktor tentang simptom baru atau jika gejalanya bertambah teruk
- Berjumpa doktor segera jika anda mempunyai sawan atau sakit kepala yang baru terjadi untuk menghalang komplikasi penyakit
Jika mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor untuk mencari penyelesaian terbaik untuk anda.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber: Hello Doktor