Jenayah scam melibatkan wang ringgit masih lagi ‘segar’ berlaku dalam negara kita. Ianya tidak mengenal mangsa.
Sama ada yang tua, muda, remaja mahupun belia, semuanya bakal menjadi mangsa jika terpijak ‘jerangkap samar’ yang mereka ‘tawarkan’.
Lebih mengharukan lagi, scam yang berlaku itu melibatkan agensi kerajaan yang palsu. Ini membuatkan mangsa bertambah yakin dengan tawaran scammer tersebut.
Baru-baru ini, seorang pemuda dari Kajang, Muhammad Yusri Ahmad Jamaluddin mendakwa dirinya menjadi mangsa scammer apabila dia terpedaya dengan panggilan kononnya daripada ‘LHDN’.
Bagaikan dipukau, Yusri dengan mudah begitu mempercayai segala arahan yang diberikan melalui tiga ‘trick’ licik. Hasilnya, sejumlah ribuan ringgit dalam akaun banknya didakwa lesap.
Sedar dirinya ditipu, Yusri tekad kongsikan pengalamannya ini ke Facebook sebagai pengajaran buat semua. Mari ikuti perkongsiannya ini.

RM2,000 lesap hari ni. Selalu terbaca yang orang kena scam. Hari ni diri sendiri yang terkena scam. Hati-hati geng, trick yang buat aku terkena, asalnya LHDN call cakap ada tunggakan amount RM38,600.90 atas nama company aku.
Tapi rupa-rupanya orang lain pakai nama aku daftar SSM di Kuantan, Pahang untuk company dia tanpa aku tahu.
Trick kedua suruh aku buat report polis dahulu atas kes ni di IPK Kuantan sebabnya company tu berdaftar di SSM Kuantan. Disebabkan PKP sukar nak ke sana, dia sambungkan panggilan (kononnya) ke IPK Kuantan bersama Sarjan Roslan.
Selepas memberi keterangan dan laporan serta dirakam perbualan dalam sistem polis hampir 2 jam, dia menasihatkan supaya aku berhubungan dengan Bank Negara. Aku pun bertambah yakin bila ada pihak polis terlibat untuk membantu kes ini.
Trick ketiga, dia sambungkan (panggilan) dengan Bank Negara dan macam biasa, Bank Negara pun ambil semua keterangan dan minta aku buat backup untuk semua bank dengan isi apps Bank Negara seperti gambar di bawah.


Aku dengan yakin, dengan pihak polis punya nasihat dan suruh berhubung dengan Bank Negara. Dari situlah, berlakunya scam yang cakap sistem bank aku kena hack dan surug aku buat pemindahan duit di ATM untuk cuba cara manual.
Sebab cara online tak lepas, dia cakap sistem akaun aku mungkin dah kena hack. Mujur ada RM2,000 je dalam tu, aku pun clear kan dan dia cakap masukkan ke dalam akaun Bank Negara untuk protect.
Lepas selesai kemas kini akaun, Bank Negara akan masukkan balik amount tadi. Selepas buat pemindahan duit, dia cakap tunggu pihak IPK Kuantan akan call balik untuk lengkapkan report tadi.
Tunggu punya tunggu dekat bank sampai ke sudah IPK Kuantan tak call. Aku pun sementara tunggu, aku buka WhatsApp group tanya kawan-kawan, boleh ke aku saman company yang curi nama aku untuk buka SSM company dia.

Kawan-kawan bagi jawapan yang tu scam. Aku baru rasa macam boleh berfikir time tu. Terus aku tengok WhatsApp Bank Negara yang asalnya dp gambar Bank Negara, terus hilang.
Dan aku call balik nombor IPK Kuantan nak bercakap dengan Sarjan Roslan, seorang ‘anggota’ perempuan jawab dan ‘polis’ tu tanya ada masalah apa.
Aku cakap berkenaan orang pakai nama saya untuk company dia. Polis tu pun tanya lagi, “Ada orang LHDN call ke?”. Aku pun cakap “Ye”.
Terus polis tu cakap “Cik kena scam cik. Sarjan Roslan tu takda pun dekat sini. Tu semua orang-orang diorang, termasuk orang LHDN, polis dan Bank Negara.
Hati-hati geng, aku dulu pun yakin yang susah orang nak scam duit aku. Tapi tak tahu macam mana kali ni aku boleh tewas. Nak kata kena pukau pun ada.
Dalam pada itu Yusri mendakwa, ada beberapa mangsa lain yang menerima taktik scam yang serupa juga turut menghubunginya untuk menyatakan kes mereka.
Ternyata, bukan Yusri seorang yang menjadi mangsa mereka kali ini, tetapi dipercayai mungkin ramai lagi.


Sehubungan itu, Yusri mendakwa sudah membuat laporan polis mengenai kes ini.
“Just boleh buat report cover je. Polis tak boleh buat apa jika ada scam melalui phone.
“Cuma kena sebarkan dan sampaikan biar ramai orang tahu & nampak taktik diorang ni,” dakwanya.
Pengajaran untuk kita, berhati-hatilah dengan setiap panggilan daripada nombor atau pihak yang agak meragukan.
Penjenayah ada di mana-mana. Semoga kita tidak menjadi mangsa seterusnya.
Sumber: Muhammad Yusri Ahmad Jamaluddin