Siakap Keli
Gambar: Fascinatingthings

Melucukan, Kucing Ini Dilaporkan Hilang, Sebelum Ditemui Disebalik Poster ‘Kehilangannya’

Ramai juga yang mengakui bahawa kucing merupakan haiwan peliharaan yang mempunyai banyak karenah sehingga boleh membuatkan kita tersenyum namun kadang-kadang boleh membuatkan kita ‘naik angin’.

Seperti satu gambar tular yang memaparkan poster kehilangan seekor kucing berwarna hitam dan tompok putih. Apa yang menarik perhatian ialah terdapat seekor kucing yang kelihatan sama seperti dalam poster tersebut, dipercayai sememangnya kucing yang hilang tersebut.

Gambar: Fascinatingthings

Berdasarkan gambar tersebut, kucing tersebut dilihat menerusi sebalik kaca yang dilekatkan poster bergambar seekor kucing dengan nota “Missing’. Menerusi laporan Fascinatingthings, kucing tersebut merupakan kucing yang diiklan hilang menerusi poster.

Perkara ini telah menjadi perhatian dalam kalangan warganet yang terhibur melihat foto berkenaan.

Sumber: Fascinatingthings

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.