Siakap Keli
Gambar: PDRM

Nur Alert: Polis Mohon Bantuan Kesan Adik Muhammad Haikal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang.

Lokasi kejadian yang dilaporkan adalah di Kedai No 9 & 10, Medan Selera Taman Seri Mawar, 70450 Seremban.

Muhammad Haikal Bin Baharudin yang berumur 11 tahun, berketinggian 127cm dan berbadan gempal itu dikatakan memakai baju bercorak belang merah hitam dan berseluar sukan biru gelap ketika kejadian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan mangsa boleh menghubungi SJN Norseli Bin Ibrahim di talian 019-302 0511 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-603 3222.

NUR ALERT: HEBAHAN KANAK-KANAK HILANGMohon bantuan untuk kongsikan posting ini. Bantu kami kesan adik Muhammad Haikal.#PolisDirajaMalaysia#RoyalMalaysiaPolice#PDRM#RMP#NurAlert

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Wednesday, January 27, 2021

Sumber: PDRM

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.