Siang tadi hero kesayangan rakyat, Ustaz Ebit Lew menyantuni anak-anak istimewa di Lahad Datu sebaik sahaja tiba dari Semenanjung.
Selepas pertemuan itu, beliau bersama pasukannya meneruskan lagi langkah menuju ke sebuah rumah usang di sekitar kawasan sana yang didiami seorang warga emas yang uzur.
“Makcik ini lumpuh separuh badan. Sampai je menangis. ‘Ustaz sampai rumahku’. Tinggal di rumah ini dijaga anak angkatnya.
“Sampai-sampai, tiba-tiba bagi IC pada saya. Makcik Jamilah, lahir di Lahad Datu. Rumahnya bocor,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.


Selain mengalami kebocoran, Makcik Jamilah hanya mampu mandi di tandas yang disediakan di sebelah tempat pembaringannya.
“Angkat kayu tu jer. Hujan lebat mesti banjir dalam rumahnya. Anaknya seorang, jauh bekerja.
“Makcik ini tiada telefon. Saya beri satu tab pada makcik tu. Saya akan belikan kayu, zink dan lain-lain untuk repair rumah.
“Beri sedikit duit belanja dan hadiah padanya. Semoga Allah kuatkan makcik ini. Baik jer makcik ini,” katanya lagi.


Sumber: Ustaz Ebit Lew