Siakap Keli

TERKINI: Waktu Operasi Sektor Perniagaan Yang Dibenarkan Seperti Kedai Runcit, Pasaraya, Serbaneka & Farmasi Dilanjutkan Hingga 10 Malam Bermula Esok – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 28 Jan – Waktu operasi bagi sektor-sektor perniagaan yang dibenarkan akan dilanjutkan sehingga pukul 10 malam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran lanjutan waktu operasi ini akan berkuatkuasa mulai 29 Jan esok.

“Antaranya termasuklah kedai runcit, kedai serbaneka, farmasi, kedai keperluan harian, kedai makanan haiwan, kedai dobi serta kedai cenderamata yang telah kita umumkan sebelum ini, maka mereka dibenarkan untuk melanjutkan perniagaan mereka sehingga pukul 10.

“Jadi kita seragamkan semua waktu bagi perniagaan bagi setiap perniagaan yang telah pun kita luluskan dan benarkan, dan ini saya percaya boleh memudahkan penguatkuasaan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Task Force Operasi Pematuhan,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Dalam masa sama, semua operasi sektor perhutanan seperti aktiviti pembalakan juga turut dibenarkan beroperasi semula.

https://twitter.com/MINDEFMalaysia/status/1354730207551213572?s=19

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.