Siakap Keli
Gambar: Cikgu Nazrah Aan

“Jari Jemari Kena Lembut,” Cikgu Ini Kongsi 4 Tips Mudah Melatih Anak Pegang Pensel Dengan Betul

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Persekolahan sesi 2021 telahpun bermula. Bagi anak-anak yang memasuki tadika, kemahiran memegang pensel adalah penting untuk mereka belajar menulis ataupun melukis.

Baru-baru ini, seorang guru, Cikgu Nazrah Aan berkongsi cara-cara yang boleh ibu bapa gunakan untuk melatih anak-anak memegang pensel. Kongsinya, cara tersebut adalah untuk melatih ‘motor halus’ kanak-kanak yang mempunyai peranan penting dalam kemahiran menulis.

Beliau telah berkongsi empat cara untuk melembutkan jari jemari anak-anak supaya mereka dapat memegang pensel dengan betul. Pesannya, latihan ini perlu dilakukan secara berterusan selain menggunakan pensel yang besar untuk memudahkan anak-anak memegangnya dengan selesa.

Nak tahu caranya? Jom tonton video di bawah.

Sumber: Cikgu Nazrah Aan

Amira

Love yourself.