Siakap Keli

(Video) Lelaki Ini Main PUBG Mobile, Selamatkan 2 Musuh Terperangkap Siap Bagi ‘Chicken Dinner’

Membuat live streaming bermain permainan video PUBG Mobile sudah menjadi kebiasaan di Malaysia malah seluruh dunia termasuk negara jiran kita Indonesia.

Pelbagai aksi-aksi hebat daripada live stream yang dapat kita saksikan dan tidak kurang je telatah lucu para gamers yang berusaha menghiburkan hati pengikut mereka.

Seperti video yang penulis lampirkan dibawah, seorang streamer dari Indonesia iaitu Ane Firman memuatnaik video beliau dan kawan-kawan menyelamatkan dua orang musuh yang terperangkan dalam satu pondok ketika bermain PUBG Mobile.

Menurut video itu, 2 musuhnya itu berasal dari Pakistan dan Ane Firman sempat lagi berbual dan bersetuju untuk genjatan senjata dengan musuhnya itu. Namun, penyelamatan itu perlu dibayar dengan seorang rakan beliau terpaksa korbankan diri terkurung dalam pondok tersebut.

Bukan sahaja genjatan senjata, malah di penghujung permainan ini, Ane Firman memberikan Winner WInner Chicken Dinner kepada musuhnya itu sebagai tanda persahabatan yang baru mereka jalinkan.

Saksikan video penuh di bawah. Firman juga berkata 40 peratus followernya adalah dari negara Malaysia dan sentiasa menyebut Aku Cinta Malaysia.

Sumber: Ane Firman

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)