Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

COVID-19: Selangor Catat Kes Tertinggi Dengan 3,126 Kes Hari Ini, Diikuti KL & Johor

Selangor hari ini mencatatkan kes tertinggi bagi jangkitan baharu COVID-19 dengan sebanyak 3,126 kes dilaporkan.

Kedudukan Selangor diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 687 kes serta Johor sebanyak 684 kes.

Kes harian hari ini adalah yang paling tertinggi pernah direkodkan sejak wabak COVID-19 mula menular dalam negara pada awal tahun lepas.

Jumlah keseluruhan kes kini sudah melepasi angka 200,000 dengan mencatatkan 203,933 kes setakat ini.

Dalam masa sama, terdapat pertambahan 16 lagi kes kematian baharu.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.