Siakap Keli
Kredit: Google

Dasar & Komitmen Kerajaan Perangi Rasuah, Pertingkat Tadbir Urus Adalah Jelas Dan Berterusan – PM

PUTRAJAYA, 29 Jan – Dasar dan komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah dan meningkatkan tadbir urus kerajaan adalah jelas dan berterusan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dasar tersebut jelas walaupun skor dan kedudukan negara agak menurun berbanding 2019 lalu.

“Seperti mana yang telah dimaklumkan pada peringkat awal pemerintahan kerajaan Pakatan Nasional, Pelan Antirasuah Nasional (NACP) masih diteruskan bagi meningkat tadbir urus kerajaan selain mengurangkan dan menutup peluang-peluang rasuah dalam pentadbiran kerajaan.

“Kerajaan melalui Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) juga sentiasa melihat kepada kaedah-kaedah dalam meningkatkan tadbir urus dalam pentadbiran kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya lagi, kerajaan juga turut tidak pernah serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelaku rasuah dan tindakan tegas akan diambil mengikut prinsip ‘rule of law’.

Muhyiddin berkata demikian berhubung keputusan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020 yang telah diumumkan oleh Transparency International (TI) pada semalam, iaitu skor sebanyak 51/100 dan kedudukan Malaysia di tangga 57 daripada 180 buah negara.

 

Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri

Posted by Muhyiddin Yassin on Friday, January 29, 2021

Sumber: Pejabat Perdana Menteri

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.