Siakap Keli
Gambar via Google

Denda Tidak Melebihi RM1,000 Jika Haiwan Peliharaan Berak Merata-rata Di Rumah Jiran, Ini Penjelasan Dari Peguam Yang Anda Perlu Tahu

Dalam hidup berjiran pasti ada dikalangan anda yang mempunyai kisah pahit yang dihadapi terutamanya apabila jiran anda memiliki haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing yang suka membuang najis mereka merata-rata. Ia bukan tanggungjawab anda untuk mencuci atau membersihkan najis haiwan berkenaan.

Perkara tersebut mungkin memberikan beban atau permasalahan dalam kehidupan anda. Di sini menjadi persoalan, adakah anda tahu bahawa terdapat cara lain untuk menyelesaikan perkara tersebut selain daripada menegur jiran anda?

Dalam perkongsian daripada seorang peguam yang dikenali sebagai Nor Zabetha di laman YouTubenya yang menceritakan apa tindakan dan prosedur yang perlu anda lakukan sekiranya haiwan peliharaan jiran tetangga anda bertindak sedemikian.

Merujuk Akta-Akta Kecil 1955, ada mengatakan mengenai tanggungjawab pemilik anjing tetapi tidak mengatakan berkenaan isu tanggungjawab pemilik kucing. Dalam akta tersebut, pemilik tidak dibenarkan untuk membiarkan anjing peliharaan mereka berkeliaran sehingga menyebabkan kecederaan kepada orang lain atau mengejar orang lain.

Berikutan itu, bagaimana pula sekiranya membiarkan anjing atau kucing berkeliaran sehingga haiwan berkenaan membuang najis di halaman rumah dan menyusahkan anda? Anda boleh melihat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang diperuntukkan di bawah Seksyen 80 di mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memiliki hak untuk menghapuskan, menghentikan kacau ganggu dengan menghantar notis, mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi.

Kacau ganggu yang dimaksudkan di dalam Seksyen 81 (B) adalah apa-apa binatang yang disimpan dalam sesuatu tempat atau dengan sesuatu cara atau dengan sebegitu besar bilangannya sehingga menjadi sesuatu kacau ganggu (menganggu ketenteraman).

Menerusi penjelasan itu, individu boleh membuat laporan kepada pihak PBT dan pihak PBT akan mengeluarkan notis kepada pemilik haiwan berkenaan untuk berhenti menganggu ketenteraman jiran dalam tempoh yang ditetapkan,

Sekiranya pemilik haiwan tersebut gagal maka pemilik boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali. Malah sekiranya urusan berkenaan terpaksa dilakukan oleh pihak PBT, pemilik haiwan perlu menanggung segala ganti rugi.

Oleh hal yang demikian, peguam tersebut turut menasihati agar tidak perlu bergaduh sesama sendiri tanpa menggunakan langkah proaktif dengan membuat laporan.

Sumber: Nextepisode Channel

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.