Sekumpulan doktor di Jepun didakwa menemui pencungkil gigi kayu yang tesangkut di dalam rektum seorang warga emas yang dipercayai menelan dua bulan sebelumnya secara tidak sengaja.
Kejadian tersebut dilaporkan dalam British Medical Journal (BMJ) pada minggu ini di mana lelaki yang berusia 67 tahun itu didakwa menghubungi doktor setelah mengalami sakit di bahagian punggung dan paha kanannya.
Pada awalnya, dijangkakan kesakitan yang dialami oleh lelaki berkenaan itu disebabkan oleh stenosis. Stenosis adalah keadaan di mana ruang tulang belakang mula menyempit yang dapat menyebabkan sakit pada saraf belakang.
Namun apabila doktor melakukan imbasan MRI, ia mendakwa terdapat pencungkil gigi yang dianggarkan sepanjang tiga inci tersangkut di bahagian rectum lelaki berkenaan. Hal ini dipercayai ditelan oleh lelaki itu secara tidak sengaja.
Berikutan itu, lelaki tersebut didakwa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan objek tersebut setelah enam hari penemuan itu.
“Rasa sakit itu hilang setelah menjalani pembedahan dan gejalanya tidak berulang sejak itu,” lapor jurnal itu.
Bagaimanapun, doktor turut mengatakan bahawa kesakitan pada bahagian punggung dan paha kanan itu membuatkan doktor mempercayai ia adalah disebabkan simptom stenosis.
Sumber: Daily Mail